Tuesday 24 April 2012

yg berlalu biarlah berlalu.

Assalamualaikum.



Mengingati masa lalu, berinteraksi dgnnya, mengenangkannya dan bersedih terhadap tragedi masa lalu merupakan perbuatan yg sia-sia, membunuh azam dan mensia-siakan hidup. Lembaran masa lalu bgi org berakal sihat harus dibuang, disimpan dan tidak perlu diulangi lagi dan dikunci dalam peti yg harus dilupakan utk selama-lamanya. Ia wajib diikat dgn tali yg kuat dlm penjara pengabaian supaya tidak dpt keluar utk selama-lamanya dan ditutup rapat hingga tidak dpt dilihat lagi.

Sebabnya, ia sudah berlalu. Tidak ada kesedihan utk mengenangnya, tidak ada kepiluan utk memperbaikinya, tidak ada kesukaran yg membetulkannya dan tidak ada kemurungan utk mnghidupkannya. Sebab, semua itu sudah berlalu. Janganlah kamu hidup dlm mimpi buruk masa lalu di bwh payung org-org yg tertinggal.

Selamatkanlah diri kamu daripada belenggu masa lalu. Apakah kamu ingin mengembalikan aliran sungai bermuara ke hulu, matahari pada tempat terbitnya, bayi pada kandungan ibunya air susu pada putingnya dan air mata pada matanya? Kamu berinteraksi dgn masa lalu, berasa cemas terhadapnya, merasa rindu dgn gejolaknya dan berusaha mengecamnya merupakan keadaan yg amat menyedihkan dan menakutkan.

Membaca catatan masa lalu adalah mensia-siakan kehidupan masa kini, mematahkan semangat utk berusaha dan menghancurkan masa akan datang.

Manusia tidak boleh melihat dan menoleh ke belakang , kerana angin bertiup ke hadapan, air mengalir ke hadapan, rombongan peniaga pasti berjalan menuju kehadapan, sehingga dgn begitu tidak akan pernah menyalahi ketentuan hidup.


#dipetik dri buku ’Jangan Bersedih, Kebahagiaan Pasti Bersamamu’. Sekadar berkongsi apa yg baik. Buku yg sgt bagus.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Better to write about myself than public :)