Tuesday 15 May 2012

upu? matriks? form6? =,='

Assalamualaikum

Dah lama betul kan saya tk update blog? Kan kan? Hihi. Kenapa? Sibuk? Oh tak tak. Mungkin kerana ‘mood’ ingin menaip itu tidak muncul dlm hati nih. Cewahh kemain saya nih. Hiks !

Sekarang ni semua rakan2 saya batch 94 sedang sibuk buat persiapan utk melanjutkan pelajaran ke matriks, asasi, diploma. Oh ya tak lupa juga buat segelintir rakan saya yg sudah pun melanjutkan pelajaran ke form6. Hai kawan-kawan, kembalilah kita utk belajar setelah beberapa bulan meninggalkan buku, pensil, pemadam, pen, pembaris, liquid paper. Ok dh tkde kene mngene pun ;p  Utk pengetahuan semua, ehemm ehemm saya dpt tawaran utk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Selangor utk program 2 Tahun. Mohon jgn ketawakan saya sebab 2 tahun punya program. Oh mungkin kerana add math saya C. Mungkin lah kan ! Ok dh kantoi gred add math saya. Huahuahua ! mcm mana dgn upu? Dgn DUKAcita dimaklumkan yg saya tak dpt tawaran upu. Sedih weh sedih. Tpi tkpe. Mungkin bukan rezeki saya. Nk buat cemana. Itu semua atas kehendak Allah dan izin dri-Nya. Kita tk boleh nk lawan takdir kan.

Dan saya juga telah dpt tawaran diploma in business studies di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi. Dokek je haa. Hihi :D Kursus yg saya dpt nih adalah program kerjasama dgn UITM. Jadi silibus yg saya belajar nnti sama je lah dgn apa yg budak UITM belajar. Hmm setelah bincang dgn ibu dan ayah. Saya tak akan smbung pengajian saya di matrikulasi. Kenapa? Mungkin korang rasa mcm eeeeee ruginya saya tk ambil peluang nih kan? Tpi dlm membuat keputusan kita kena dga kata hati kita. Saya rasa saya tk cnfident dan takot tk perform bila di matriks nnti. Saya nih dh lah jenis yg lambat pick-up. Dan sebenarnya saya mcm dh serik sikit nak blaja subjek sains. Hakhak >.<   Dengan sokong dri ibu,ayah, keluarga especially pokteh saya (pensyarah di KPTM cwngn Kuantan), saya akan smbung belajar di KPTM.

Biarlah di kolej pun kan? Jnji masa saya tak terbuang begitu saja. Jnji saya smbung belajar. Belajar kt mana-mana pun sama je kan? Ambil je konsep sek men biasa, sek men asrama harian dgn sek men asrama penuh. Kita boleh je cemerlang kt mana pun sebab semua itu bergantung dgn diri sendiri jugak. Kalau belajar kt U sekalipun tpi malas tk guna jugak kan. *nak sedapkan hati sendiri nih* J Haa lagi satu mesti ade antara korang nih yg kata amik diploma tuh buang masa. Eh eh. Kalau korang kira-kira balik, act lebih kurang je tempoh belajar tk kira lah amik diploma ke asasi ke matriks ke f6 ke. Lebih kurang je haa. Plus 1 year minus 1 year jeh. Tak caya? Sudah ! :p

Korang yg baik hati nih, doa-doakan lah saya ye. Sama-samalah kita berdoa utk satu sama lain agr kita semua berjaya dan tercapai apa yg kita hajati. Perjuangan kita sudah bermula. Ayuh kita berjuang menuntut ilmu. Semoga saya dan juga semua rakan-rakan saya berjaya menjadi seorang insan yg berguna, CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG.


#teringin nak makan PAVLOVA ! yum yum ! :)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Better to write about myself than public :)