Saturday 24 November 2012

cinta dan hati

assalamualaikum :) apa khabr awk semua? sihat? alhamdulillah. bg yg kurang sihat tu. syafakallah ya akhi, syafakillah ya ukhti. sabar ye. in shaa ALLAH, moga kalian akan sembuh seperti sedia kala.




cinta dan hati? apa itu cinta? tipu kalau korang tak tahu apa tu cinta kan. cinta merupakan satu perasaan yg ada dlm hati setiap insan. cinta itu sendiri mempunyai pengertian yg cukup besar maknanya bagi setiap individu. cinta itu sesuatu yang indah, suci dan murni. tetapi kita harus ingat bahawa cinta itu juga lah boleh membawa seribu penderitaan kepada kita jika kita gagal mengawal nafsu diri kita sendiri. mana mungkin kita seorang manusia biasa terlepas dari cinta. cinta itu merupakan fitrah. mungkin juga ia adalah satu anugerah. tetapi kita harus ingat, benar cinta itu fitrah tetapi belajar, dan menuntut ilmu itu adalah amanah. lalu sebagai seorang pelajar, manakah yg lebih utama utk kita?



saya merupakan seorang insan yg tdk terlepas dari aktiviti yg boleh saya katakan sebagai 'zaman jahiliah' saya. saya pernah terjebak dlm 'couple' ni. semasa di bangku sekolah dulu. ye, mungkin itu merupakan suatu yg biasa kerana perasaan serta nafsu remaja yg membuak2 pada ketika itu. tetapi yg luar biasa adalah seorang pelajar yg tidak pernah bercinta, hanya menumpukan sepenuh perhatian kpd pelajaran dan menyimpan sahaja perasaan suka terhadap seseorang. Allahu Rabbi. sungguh bertuah mereka2 itu. kerana Allah SWT telah memelihara mereka. namun, mereka yg pernah terjebak, bukanlah suatu alasan utk kita tak berubah. kerana apabila seseorang itu tidak pernah kenal dosa serta berada dalam 'zaman gelap' maka ia berpontensi utk melakukan lebih besar lagi dosa kerana tidak ada proses pembelajaran di situ. alhamdulillah. syukur kpd Ilahi. syukur yg tdk terhingga kerana Dia telah beri peluang kpd saya utk saya mengubah diri saya menjadi yg lebih baik. sesungguhnya setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. PASTI ! semoga Allah SWT terus memelihara diri saya sehingga sudah tiba waktunya. in shaa ALLAH.



perasaan cinta ini amat berkait rapat dgn hati. jika perasaan ini disalah guna dan kita tidak boleh mengawalnya dgn bijak. maka akan rosaklah hati kita seterusnya merosakkan diri serta akidah kita. nauzubillahiminDzalik. moga perkara2 negatif seumpama itu akan terhindar dari kita semua. semua org menginginkan yg terbaik utk diri mereka. lalu apa yg harus dilakukan? ayuh sama sama kita berusaha utk menjadi hamba Allah yg semakin baik dari hari ke sehari. kerapkan diri kita untuk melakukan solat taubat setiap hari agar hati yg hitam mudah-mudahan akan kembali menjadi putih dan akan terpelihara kesuciannya. in shaa ALLAH.




menyintai seseorg itu tdk seharusnya memiliki. kerana cinta itu bukanlah paksaan pada yg memberi dan menerima. kdg hadir tak diduga. dtg dan pergi tanpa ada pesan.



"kata kata manis seorang lelaki tidak menguntungkan wanita, selagi tiada ISLAM yg menjadi pegangan utamanya"




maka berungtunglah seseorang wanita itu apabila dia mendapat seseorang yg memang berhak ke atas dirinya serta seseorang yg mempunyai ilmu agama di jiwa. cinta halal itu lebih indah. 






cinta mempunyai pelbagai jenis.

1) cinta syg
2) cinta buta (selalu sgt kan dengar ni, org cakap cinta tu buta. segala kelemahan pun boleh jdi kelebihan ketika bercinta. kentut pun jdi wangi ! :) )
3) cinta nafsu
4) cinta materialistik
5) cinta bomoh (contoh seseorg tu jatuh cinta sebab kena bomoh)

dan byk lagi. korang pun lebih tahu rasanya.




kita sering kali tertewas mengenai soal cinta ini. hati kita sering berbicara soal jodoh sehingga lupa akan kematian yang PASTI ! Allahu Allah. betapa lemahnya kita. betapa kita tertewas dgn nafsu kita. :'(



"Sometimes the people with the worst past, create the best future. - Umar AlKhattab RA. tiada org baik yg tiada masa lampau. tiada org jahat yg tiada masa depan. jgn gusar jika ada yg menghakimi kita. kerana tiada hakim sebaik Allah SWT."



pesanan utk hawa yg disayangi,

- wahai wanita solehah. pertahankanlah auratmu. cekalkan lah hati mu. kuatkan lah diri mu. kerana kita hidup dlm arus permodenan yg tiada sempadan. jagalah ikhtilatmu dgn lelaki bukan mahram mu.

- wahai muslimah, dgrkan ini. moga kita dpt terus mengejar title solehah. ayuh kita mahalkan cinta kita. masa silam kita biarkan berlalu namun tetap akan kita jadikan sebagai pengajaran yang berharga. ia bukan alasan untuk kita menjadi mujahidah yang lebih solehah, insyaAllah


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Better to write about myself than public :)