Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar yang sedang membaca coretan ini? Harap semuanya sihat belaka ye. Dan ketahuilah sahabatku semua, jika kesakitan itu sedang bersama kita, ia adalah dugaan dari Kekasih Yang Maha Agung. Penghapus dosa kecil tu. Kuat ye sahabat sekalian :)
Tahu tak apa makna munafik? Munafik tu sama ke dengan berbohong dan menipu? Ia adalah sama sekali berlainan. Saya ulang berlainan !
Maksud menipu adalah melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.
Maksud berbohong adalah tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.
dan munafik adalah seseorang yang berpura-pura beriman kepada Allah sedangkan hatinya tetap kufur.
Terdapat perbezaan antara orang munafik dan kafir. Bezanya adalah golongan kafir jelas-jelas
menolak Islam. Tetapi orang munafik secara lisannya menerima Islam dan
menyatakan beriman, tetapi di hati ingkar dan menolak ajaran Rasullulah.
Apakah ia ciri-ciri munafik?
Salah satunya adalah tindakan sentiasa berubah. Seolah-olah pelakon hebat, di tempat beribadah dia akan mengikut orang beribadah, apabila tidak dilihat orang dia mengikut kata hatinya yang sebenarnya menolak kebaikkan. Contoh paling senang. Bila depan orang kita solat bukan main lama lagi. time sujud pun lama. Sebab kita nak tunjuk yg kita khusyuk dalam solat. Tapi bila kita sorang-sorang, solat tak sampai 5 minit. Entah-entah langsung tak solat. Tepuk dada tanya diri sendiri. Pernah terjadi tak dekat kita? Kalau pernah cepat-cepat lah kita sedar dan muhasabah diri. Recheck diri setiap hari. !
ALLAH swt berfirman dalam surah an-nisa 145 : maksudnya"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam neraka ."
Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya solat
yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh.
Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya
mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." ( Riwayat
Muslim )
Ciri-ciri munafik yang lain adalah
Tidak Tetap Kata. Yakni kata-katanya
sentiasa berubah-ubah. Bilamana berada bersama orang muslim maka mereka
memuji Islam dan segala ajarannya akan tetapi apabila berjauhan atau
bersendirian dia menghina pula ajaran Islam.
Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas. Jika
mereka membuat sesuatu kebaikan atau apa sahaja jasa kepada manusia
lain maka mereka ini mengharapkan apa yang mereka buat itu mendapat
balasan daripada orang lain. Golongan ini biasanya berbuat kebaikan demi
balasan kebendaan samada dalam bentuk wang dan pangkat.
Tidak Tetap dan Tidak Teguhnya Iman. Mereka ini sentiasa berubah-ubah pendiriannya dan mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran.
“Allah mengancam orang-orang munafik yang laki-laki dan perempuan
serta orang-orang kafir dengan neraka jahanam. Mereka kekal di
dalamnya.” (At-Taubah: 68)
Dalam arus kemodenan ini, kita dapat lihat ramai yang mengaku mereka ini Islam. Bercakap dikhalayak ramai bahawa merekalah yang memajukan Islam, merekalah yang sebenarnya menurut ajaran Al-Quran dan Sunnah. Tapi mereka juga yang melakukan kemungkaran.
And yah ' words are not enough. It still needs a effort and action ' . Jangan hanya tahu bercakap tapi tidak tahu menunaikan dan melaksanakan apa yang keluar dari bibir kita itu.
“Empat perkara, barangsiapa yang ada pada dirinya keempat perkara
tersebut maka ia munafik tulen. Jika ada padanya satu di antara perangai
tersebut berarti ada pada dirinya satu perangai kemunafikan sampai
meninggalkannya: Iaitu seseorang jika bicara berdusta, jika membuat
janji tidak menepatinya, jika berselisih melampui batas, dan jika
melakukan perjanjian mengkhianatinya.”
* moga kita bukanlah dalam golongan munafik. moga kita dijauhkan dari sifat ini. Nauzubillah min zalik. Amin Ya Rabb *
khas utk peringatan diri sendiri dan anda semua. moga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment