Tuesday 5 March 2013

tak kenal maka tak......?

Assalamualaikum. :)


Tak kenal maka tak........?
Haaaaa apa apa? :) Pernah dengar tak kenal maka tak cinta? Tak? Penipu ! Hehe.


Kenapa kita mesti kena kenal bakal kekasih/suami/isteri kita? Sebab bila dah kenal baru kita tahu akan kelebihan dan kekurangannya. Kalau kita dah tahu kelebihannya , selalunya kita pasti akan jatuh cinta dengan dia. En en ? Acap kali lah kita dengar something like " Alaaa, kau kenal lah dengan dia dulu. Tak kenal mana nak tahu perangai dia semua."


Adakah ini bererti apabila mengenali seseorang, hati terus terpaut dan perasaan cinta terus tertanam dalam hati?? Sejauh dan sedalam mana manusia yang hidup di zaman globalisasi ini memahami dengan isu ini? Haaa ramai je pasangan kat luar sana tu, yang bercinta bertahun lamanya. Malah tidak kurang dengan suami isteri yang dah hidup bersama berpuluh tahun atas dasar kenal dan cinta kecundang di tengah jalan? Ye jawapannya mungkin sudah tiada jodoh. Coppp !!! Mungkin juga kerana mereka benar bercinta tetapi mereka tidak kenal sepenuhnya hati budi masing-masing. Mereka tidak kenal baik dan buruknya pasangan kita itu. Nak kenal seseorang juga tak semestinya perlu bercinta. Nak menyintai seseorang pula tidak semestinya perlu berjumpa.


Kita ambil contoh paling simple. Ustazah Fatimah Syarha dengan Dr Farhan Hadi. Mereka tidak bercinta sebelum kahwin. Bahkan tidak berjumpa pun sebelum berkahwin. Ustazah Fatimah mengenali Dr Farhan melalui sehelai kertas yang tertulis biodata Dr Farhan. See , Islam itu mudah serta memudahkan.


Yang nak saya kongsikan di sini bukanlah untuk pasangan yang bercinta semata-mata. Tetapi ianya dikaitkan dengan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.


Kita tidak pernah bertemu dengan Sang Pencipta dan Baginda Rasulullah SAW. Tetapi adakah itu alasan untuk kita tidak menyintai Allah SWT dan Muhammad SAW?  Ingat balik apa yang saya katakan di atas tadi.  

Nak menyintai seseorang pula tidak semestinya perlu berjumpa. 


Yes ! Kita mesti dan wajib menyintai Allah SWT dan Muhammad SAW. Kita sudah pun mengenali mereka. Kita sudah pun tahu akan kebesaran Allah SWT dan kelebihan Baginda SAW. Tidak cukupkah dengan itu untuk kita menyemai rasa cinta terhadap mereka?


Common. Ini zaman moden. Zaman maklumat semua di hujung jari. Kalau rasa sayang sgt nak keluarkan duit beli buku mengenai keagungan Allah SWT dan riwayat hidup Rasuluullah SAW, apa guna ada handphone canggih, laptop mahal tapi tidak digunakan dengan sebaiknya? Dekat internet sekarang berlambak maklumat dan ilmu yang kita boleh dapat. Tapi awas !!! Bukan semua maklumat dalam internet tu betul. Kalau dapat sesuatu info tu. Rujuk dengan orang yang lebih berilmu.


Kalau kita tahu akan kebesaran Allah SWT itu , kita pasti akan jatuh cinta dengan Dia. Kerana Dia seorang yang boleh menjaga kita , setia bersama kita , Maha Memaafkan , Maha Pengasih , Maha Penyayang. Dia lah tuhan yang Maha Besar. Maha Berkuasa. Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda terlalu sayangkan kita sebagai umatnya. Tetapi kita? Jangan hanya dibibir sahaja mengungkapkan idola kita ialah Nabi Muhammad SAW , tetapi apa buktinya? Sunnah yang diajarkan ada kita ikut? Jangan hanya pandai berkata Allah SWT adalah Kekasih Agung kita. Tapi , suruhanNya ada kita laksanakan? LaranganNya ada kita tinggalkan?


Muhasabah bersama !  ^_^





 * saya juga belum cukup sempurna dan ini secara tidak langsung peringatan untuk diri saya sendiri juga. *


 LOVE ALLAH SWT . LOVE MUHAMMAD SAW. ;)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Better to write about myself than public :)